Felo KUIS dengan bantuan Seksysn Alumni & Runding cara (SAR) sentiasa bersedia untukmembantu mengurus pelajar bermasalah. Antara masalah yang mungkin dihadapi adalahseperti berikut :
Kemurungan

- 
Felo menerima maklumat daripada pelajar KUIS dan bertindak berjumpa dengan pelajar tersebut. 
- 
Mengadakan sesi temubual dan mengenalpasti punca. 
- 
Felo memanjangkan kes pelajar murung kepada pegawai kaunseling dalam keadaan tertentu. 
- 
Felo berhubung dengan ibu bapa / penjaga untuk bersama menyelesaikan kes ini. 
Histeria

- 
Kes pelajar histeria perlu ditangani oleh felo dengan penuh hati-hati dan tenang. 
- 
Memaklumkan kepada Ketua Felo. 
- 
Menghubungi pihak yang boleh membantu meredakan keadaan jika perlu. 
- 
Jika keadaan tidak berubah, pelajar dibenarkan pulang ke rumah selepas menghubungi ibu bapa / penjaga. 
Kurang Motivasi Diri

- 
Felo sebagai mentor boleh membantu pelajar meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri. 
- 
Merujuk kes kepada pegawai kaunseling. 
Menerima Berita Musibah Ahli Keluarga

Berita musibah merangkumi kemalangan, kematian dan bencana yang menimpa keluarga pelajar hendaklah diambil tindakan berikut :
- 
Ketua Felo / Felo menyampaikan kepada pelajar secara bijaksana. 
- 
Membantu menguruskan keperluan pelajar tersebut. 
- 
Memaklumkan kepada Pegawai BPM / BKPM dan Ketua Jabatan untuk mendapatkan bantuan kewangan, kaunseling dan sebagainya. 








