ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Bahagian Teknologi Maklumat

Profil

title bottom left

Unit Komputer (UKOM) telah ditubuhkan pada 3 Ogos 1998 dan sekaligus mengambil alih tugas yang selama ini dipertanggungjawabkan kepada Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia (kini dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Insan).

Berkuatkuasa pada 14 Februari 2000, UKOM telah dinaik taraf kepada Pusat Perkhidmatan Komputer dan Multimedia (CMSC - Computer and Multimedia Service Center) manakala pada 11 Januari 2002, nama CMSC ditukar kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

Mulai tahun 2010 Pusat Tanggungjawab ini dikemas kini namanya kepada Bahagian Teknologi Maklumat, selari dengan perkembangan teknologi maklumat di UIS.

Terkini, BTM kini disokong oleh empat (4) seksyen iaitu :

  • Seksyen Pengurusan Aplikasi

  • Seksyen Pengurusan Rangkaian & Keselamatan ICT

  • Seksyen Pengurusan Digital & Laman Web

  • Seksyen Pengurusan Operasi & Khidmat Sokongan ICT