ms my en gb ar aa

 Mulakan Perjalanan Hebat Menuju Impian Anda!

Pilih Program Pengajian Ideal Anda di Aplikasi WADAH!
mohon sekarang  

Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar

Objektif & Fungsi

Objektif Bahagian

title bar 80

Merancang, merangka, melaksana dan mengawal selia hal ehwal berkaitan pengurusan kediaman merangkumi pentadbiran, aduan kerosakan, felo, JAKSA dan penguatkuasaan disiplin serta memperkasa perkhidmatan bagi memastikan prasarana adalah mencukupi dan diselenggara dengan sebaiknya dalam usaha mewujudkan persekitaran Kolej Kediaman yang kondusif dan selamat.

 

Fungsi Bahagian

title bar 80

  • Mengurus, mengatur dan melaksanakan proses daftar masuk dan daftar keluar pelajar di Kolej Kediaman.

  • Merancang dan melaksanakan program yang dapat membantu membina sahsiah pelajar melalui urus tadbir yang cekap dan harmoni dengan kerjasama Felo dan JAKSA Kolej Kediaman.

  • Mengawalselia urusan berkaitan keperluan pembangunan, perkhidmatan & penyewaan luar, memantau vendor pembersihan dan kawalan keselamatan serta memastikan prasarana di Kolej Kediaman adalah mencukupi dan diselenggara dengan sebaiknya dengan mematuhi SOP OSHA, MS ISO 9001:2015 dan yang berkaitan.

  • Memantau urusan berkaitan pengurusan disiplin dan tatatertib pelajar UIS dan memastikan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dikuatkuasakan mengikut ketetapan.

Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000 
info@uis.edu.my