ms my en gb ar aa

 Mulakan Perjalanan Hebat Menuju Impian Anda!

Pilih Program Pengajian Ideal Anda di Aplikasi WADAH!
mohon sekarang  

Bahagian Audit Dalam

Objektif Bahagian

title bar 80

  • Memastikan pengurusan kewangan dan sistem kawalan dalaman UIS adalah teratur dan mematuhi dasar, polisi dan peraturan yang telah ditetapkan.

  • Memastikan program / aktiviti untuk setiap bahagian diuruskan dengan cekap dan berkesan.

  • Memastikan ketepatan dan kewajaran semua transaksi yang dibuat oleh setiap bahagian.

  • Membantu UIS mencapai matlamat dengan menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dalaman dan tadbir urus melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin.

 

Fungsi Bahagian

title bar 80

Fungsi Umum

  • Memastikan fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.

  • Memastikan sistem kawalan dalaman UIS secara keseluruhan dan kawalan atau pengurusan adalah mencukupi, cekap dan berkesan.

  • Memastikan sistem laporan dan peraturan kewangan dan perakaunan adalah mencukupi dan boleh dipercayai.

  • Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah selaras dan mematuhi polisi dan peraturan Universiti.

  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki masalah dalaman di setiap bahagian.

  • Membuat siasatan apabila diperlukan.

  • Mengemukakan Laporan Tahunan Bahagian Audit Dalaman UIS kepada Jawatankuasa Audit & Integriti (JKAI)..

 

Fungsi Khusus

  • Menjalankan pengauditan mengikut Program Audit Tahunan yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS.

  • Menjalankan siasatan yang diarahkan oleh Jawatankuasa Audit & Integriti / Naib Canselor.

  • Menyediakan Laporan Audit / Siasatan dan membuat pembentangan kepada Naib Canselor dan Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS.

  • Bertindak sebagai Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS.

  • Membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Integriti UIS kepada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah UIS.

Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000 
info@uis.edu.my