Bahagian Komunikasi Korporat
Objektif Bahagian
![]()
-
Membentuk dan meningkatkan imej, reputasi dan penjenamaan UIS yang menampilkan identiti universiti yang cemerlang dan progresif.
-
Memperkasakan pengurusan komunikasi korporat universiti bagi memenuhi keperluan UIS dan pihak berkepentingan serta merelisasikan wawasan UIS.
-
Sebagai perantara rasmi yang efektif antara universiti dan pihak luar.
-
Menjadi pusat penyebaran maklumat dan berita rasmi universiti.
Fungsi Bahagian
![]()
-
Merancang pelan komunikasi, promosi serta publisiti segala aktiviti dan hal-ehwal korporat KUIS dalam meningkatkan reputasi dan memperkukuhkan identiti UIS.
-
Menguruskan hal ehwal perhubungan awam UIS - merangkumi hubungan media dan hubungan dengan agensi/institusi luar.
-
Memantau, mengurus dan menyelaras media sosial (Instagram, facebook dan TikTok) dan laman sesawang UIS.
-
Merancang dan mengurus bahan maklumat bagi setiap program dan majlis rasmi UIS melalui penerbitan, laporan tahunan, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media .
-
Sekretariat perhubungan kepada majlis-majlis rasmi, majlis-majlis bersama agensi/institusi, dan majlis korporat UIS.
-
Pengurusan aduan pelanggan.



