Fungsi Bahagian
-
Merancang, melaksana dan memantau inisiatif pembangunan perniagaan dan program strategik yang menyokong visi serta misi institusi.
-
Memberi pandangan dan cadangan strategik kepada pengurusan institusi dalam aspek penjanaan pendapatan, pembangunan kolaboratif, dan kelestarian usaha perniagaan.
-
Mengurus operasi komersial institusi termasuk pengurusan asset, pengoperasian fasiliti secara strategik dan perkhidmatan bernilai tambah.
-
Menjalankan kajian pasaran dan penilaian kebolehlaksanaan untuk mengenal pasti potensi, risiko dan peluang perniagaan baharu.
-
Menjalin dan menyelaras jaringan kerjasama strategik dengan pihak industri bagi memperluaskan capaian pasaran dan impak institusi.
-
Menyelaras pembangunan kapasiti dalaman institusi melalui latihan, pendedahan industri dan pemindahan pengetahuan dan teknologi untuk memperkukuh pelaksanaan inisiatif.
-
Memantau prestasi kewangan dan operasi aktiviti perniagaan, serta menyediakan laporan berkala bagi tujuan penambahbaikan dan pelaporan kepada pihak pengurusan.