ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

25 Julai 2023 | 7 Muharram 1445H – Alhamdulillah, Selesai sudah dengan jayanya Program Jalinan Mesra UIS dan Alumni Sabah anjuran Bahagian Alumni, Universiti Islam Selangor dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB). Progam telah dilaksanakan pada 23 Julai 2023 (Ahad) bertempat di Marina Mini Ballroom, Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIS, Dr Abdul Razif Bin Zaini. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Alumni UIS, Puan Nurul Fatin Fatma Bt. Ali, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan beberapa pegawai UIS. Seramai 84 alumni dan 21 bakal graduan yang hadir menjayakan program tersebut.

Pelantikan perwakilan Alumni Zon Sabah juga telah diadakan bagi mewujudkan kerjasama berterusan antara Alumni dan UIS. Semoga program yang julung kalinya diadakan dapat mengukuhkan ukhuwah berterusan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberi sokongan dan bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Tahniah kepada yang dilantik semoga jalinan perhubungan ini sentiasa berkekalan.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).