ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Majlis penutup Program Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor telah dianjurkan dengan jayanya menyaksikan 48 pasukan telah berentap dengan kesungguhan yang jitu. Seluruh warga Universiti Islam Selangor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor kerana sudi memilih UIS sebagai tuan rumah penganjuran program debat kali ini. Terima kasih juga buat pasukan Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) atas komitmen yang cemerlang dalam memastikan program tiga hari ini dapat berjalan dengan baik.

Peringkat akhir telah menemukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Kerajaan Pembuka dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Kerjaan Penutup. Manakala Pembangkang Pembuka dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pembangkang Penutup dari Universiti Malaya (UM).

Pendebat Terbaik Keseluruhan (Kategori Pra Universiti) dimenangi oleh saudara Abdul Azim Azmi, Asasi UPNM. Pendebat Terbaik Keseluruhan (Kategori IPT) pula menjadi milik saudari Nurin Nabeeha Ramlan, UPTM.

Pendebat Terbaik Akhir (Kategori Pra-Universiti) dimenangi oleh saudari Dini Batrisyia, Tahmidi USIM. Pendebat Terbaik Akhir (Kategori IPT) dimenangi oleh saudara Hafiz Hafizi, UKM.

Johan bagi kategori Pra-Universiti dimenangi oleh Asasi UPNM (A), naib johan Tamhidi USIM, temoat ketiga dimenangi oleh UNITEN dan tempat keempat menjadi milik Asasi UPNM (B).

Bagi peringkat IPT, johan dimenangi oleh UKM, seterusnya membawa pulang wang tunai bernilai RM8000.00 dan piala pusingan. Naib johan dimenangi oleh pasukan dari UM, tempat ketiga milik USIM manakala tempat keempat dimenangi oleh UPNM.

YBhg. Rektor UIS, Prof Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah mengiringi Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amiruddin Shari dalam sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang. YAB Dato'Menteri Besar turut menyerahkan mock cheque Bantuan Awal Yuran Universiti (BAYU) bernilai RM2 juta kepada Rektor UIS dan mengumumkan pemberian Geran Penyelidikan Negeri Selangor bernilai RM3 juta kepada UIS.