ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menghantar lima orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Industri Halal) ke program Summer Course On Sustainable Agroindustry anjuran Jabatan Teknologi Industri Pertanian, Fakulti Teknologi Pertanian, Universiti IPB, (Institut Pertanian Bogor) Indonesia bermula 4 Julai 2022 sehingga 30 Julai 2022.

Program ini merupakan program tahunan anjuran Universiti IPB bertujuan untuk menyediakan peserta di kalangan pelajar universiti dengan pengetahuan dan kebolehan mencipta kaedah serta penyelesaian berkaitan agroindustri yang mampan melibatkan pengeluar dan komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Pelajar didedahkan dengan ilmu berkaitan kejuruteraan proses, sistem perindustrian, alam sekitar dan pengurusan agar berupaya merekabentuk produk dan selanjutnya menambah nilai kepada pasaran dan inovasi komoditi tempatan. Penglibatan pensyarah dan pelajar dari beberapa buah universiti dari empat buah negara lain seperti United States of America (USA), Thailand, dan Indonesia sendiri sebagai tuan rumah mampu mengukuhkan lagi persahabatan, kerjasama berkumpulan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran sepanjang program berlangsung.

Kesemua lima orang pelajar yang terpilih menyertai program ini adalah Muhamad Mu’adzz bin Mohd Yasin (19BB08028), Ain Zulaikha binti Azman (21BB08039), Nur Arisya Sakinah binti Alias (19BB08080), Nuramiratul Atirah binti Adnan (19BB08083) dan Tiyurma Siregar binti Syamsul (19BB08091).