ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19
Disediakan oleh :
Raja Nor Ashikin binti Raja Ramli

Hulu Langat- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah melaksanakan Program Super Asnaf pada 2-4 Ogos 2019 bertempat di Kem Lembah Azween Hulu Langat. Program yang mendapat tajaan daripada Universiti Angkat Zakat (UAZ), Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini adalah untuk menjalankan program pembangunan kepada anak-anak asnaf KUIS.

Program ini dijalankan oleh Bahagian Zakat, Wakaf & Infaq KUIS dengan kerjasama konsultan Tip Top Synergy dalam usaha memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar asnaf KUIS yang memperolehi pointer dibawah 2.5 CGPA.

Perasmian program ini telah disampaikan oleh Timbalan Rektor Pengurusan Korporat KUIS, Dr Zulkifli bin Hj Abd Hamid selaku Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat KUIS dan turut disertai oleh Us Hasif bin Japri, wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dalam ucapannya Dr Zulkifli turut menekankan agar semua peserta membuat perubahan dalam kehidupan dan tidak khayal dengan dunia sekarang. Jika sentiasa khayal dan terikut dengan dunia semasa maka kita akan merosakkan masa depan kita sebagai anak-anak asnaf yang gagal memanfaatkan ilmu yang dipelajari. Beliau turut menasihatkan agar semua peserta berhati-hati dalam memilih sahabat atau teman dan menggunakan strategi belajar yang efektif bagi merubah pencapaian akademik pada semester akan datang.

Program selama 3 hari ini memberikan pendedahan kepada semua peserta bagaimana untuk mengenali potensi diri dan berhijrah untuk memastikan mereka mampu mencapai kejayaan khususnya mencapai CGPA tertinggi di masa akan datang. Antara pengisian program adalah Zoom Out Kuasa Fokus, Zoom In Potensi Diri, Zoom Heart dan Zoom Action dan juga aktiviti-aktiviti luar dewan seperti Explorace, Sukan Air dan Latihan Dalam Kumpulan.

Program penutup diserikan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik, peserta siswa dan siswi terbaik. Semoga dengan adanya program Super Asnaf seperti ini membantu peserta memantapkan lagi pencapaian cemerlang pelajar-pelajar asnaf KUIS sebagai value added dan pemantapan personal skill dalam kehidupan seharian.

asnaf 01asnaf 02asnaf 03asnaf 04

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).