ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Pusat Pendidikan ICESCO Di Malaysia (ICESCO) telah menerima lawatan Pimpinan Persatuan Mahasiswa Bahasa Arab Se-Indonesia (ITHLA Abroad) seramai 18 orang dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Indonesia antaranya dari UIA Syarif Hidayatullah, UNIDA Gontor, IAIN dan IAI Dalwa telah berkunjung dan mengadakan program bersama Pimpinan Mahasiswa KUIS dari 28 - 30 September 2022.

Tujuan program ini adalah khusus untuk menjalinkan hubungan silaturahim dengan mahasiswa di KUIS di samping dapat mengenali KUIS dengan lebih dekat. Selain itu, program ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti mempromosi KUIS di kalangan mahasiswa antarabangsa untuk menyambung pengajian di KUIS pada masa akan datang.

KUIS mengalu-alukan kehadiran mereka dengan menyediakan tempat tinggal dan persegaran sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat program pengajian sedia ada di KUIS, tour dan berkayak di Tasik KUIS. Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar turut bekerjasama dalam menjayakan program tiga hari dua malam ini dan berharap di masa akan datang, lebih banyak program bersama mahasiswa dapat dilaksanakan.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).