7 April 2023 - Prihatin dengan nasib sebahagian pelajar-pelajar UIS yang kurang bernasib baik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Yayasan KUIS (YK) mengambil inisiatif mengedarkan sumbangan Pek Sahur kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
Sumbangan yang melibatkan 50 orang pelajar daripada kategori asnaf dan B40 disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg. Dr Abdul Razif bin Zaini.
YBhg. Dr Abdul Razif yang merasmikan program tersebut menyatakan hasrat beliau untuk memastikan kebajikan seluruh pelajar UIS dijaga dengan sebaiknya.
Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk memastikan bahawa, "tidak akan ada pelajar UIS yang kelaparan sepanjang belajar di UIS”.