ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

14 April 2023 – Bagi memastikan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan gembira dan ceria, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Yayasan KUIS (YK) mengambil inisiatif mengedarkan sumbangan duit raya dan Pek Aidilfitri kepada pelajar-pelajar UIS yang kurang bernasib baik. Program agihan ini telah berjaya dilaksanakan pada 14 April 2023 dengan kehadiran hampir semua penerima yang terpilih.

Sumbangan yang melibatkan 45 orang pelajar daripada kategori asnaf dan B40 disampaikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, YBhg. Dr Abdul Razif Zaini.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dr Abdul Razif berulangkali menyatakan komitmen dan tanggungjawab UIS yang sama sekali tidak akan mengabaikan kebajikan pelajar-pelajar UIS.

Program ini berjaya diadakan hasil sumbangan penyumbang individu iaitu Dato' Norashikin Ismail dan pihak Yayasan KUIS yang prihatin dengan keadaan asnaf dan B40 yang kurang bernasib baik. Semoga sumbangan ini mampu mengukir senyuman ceria pelajar di pagi Aidilftri.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).