Pertandingan Mereka Cipta Logo Baharu Universiti Islam Selangor

Universiti Islam Selangor (UIS) menjemput semua warga UIS yang terdiri daripada Pegawai, Mahasiswa dan Alumni untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Baharu Universiti Islam Selangor yang boleh digunapakai sebagai imej korporat Universiti ini.

 MUAT TURUN

Maklumat Pertandingan pdf   Borang Penyertaan pdf

MAKLUMAT PERTANDINGAN

  1.  Pertandingan mereka cipta logo ini adalah inisiatif dari Universiti Islam Selangor (UIS).
  2. Pertandingan ini dibuka dari 24hb April hingga 8hb Mei 2024 dan serahan ke Bahagian Komunikasi Korporat adalah selewatnya pada 8hb Mei 2024.
  3. Tema bagi logo berdasarkan tagline PENERAJU TRADISI ILMU dan DI SINI LAHIRNYA... DAI, ULAMA DAN UMARAK dan mestilah berbahasa Malaysia.
  4. Penyertaan Pertandingan adalah percuma.
  5. Semua hasil karya yang diterima oleh pihak urus setia akan menjadi hak milik UIS. Pihak UIS berhak ke atas hasil karya yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai ataupun bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak.

 

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

  1.  Penyertaan adalah terbuka kepada warga Universiti Islam Selangor (UIS); Pegawai, Mahasiswa dan Alumni sama ada secara individu atau berkumpulan.
  2. Peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi bersama hasil karya.
  3. Rekaan dan idea logo mestilah hasil ciptaan sendiri, asli dan mengikut kreativiti masing-masing. Urus Setia mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati logo yang dihantar adalah tidak asli dan diplagiat dari mana-mana logo tempatan mahupun luar Negara. Urus Setia boleh mengambil tindakan terhadap kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami atas dakwaan karya tiruan. Pihak Universiti Islam Selangor (UIS) juga tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
  4. Setiap logo yang dikemukakan hendaklah mengandungi elemen UIS, Kerajaan Negeri Selangor dan Naungan Institusi Istana Negeri Selangor.
  5. Logo yang dihasilkan hendaklah bebas daripada unsur politik, perkauman dan isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
  6. Logo yang dicipta hendaklah:
    1. Mempunyai penjelasan atau maksud atau rasional bagi reka bentuk dan simbol serta warna yang digunakan ;
    2. Asli dan tidak diplagiat;
    3. Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah menarik, jelas, mudah difahami dan
    4. Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif serta boleh menyinggung mana-mana pihak.
  7. Rekabentuk logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tidak lebih dari 6 warna (Biru, Putih, Kuning, Merah, Hijau dan Hitam) yang terdapat pada Logo asal UIS.
  8. Reka bentuk logo dihantar menggunakan kertas A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan di atas kertas tebal atau mounting board. Manakala, softcopy hendaklah di e-melkan kepada corpcomm@uis.edu.my dalam bentuk format asal PSD ataupun Al dengan resolusi minimum 1280X960.
  9. Sertakan kesemua perkara di atas bersama-sama dengan borang penyertaan yang lengkap dengan maksud / rasional logo dalam sampul surat yang bersesuaian.
  10. Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik UIS. UIS mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan boleh mengubahsuai karya asal yang telah dihantar oleh peserta.

 

BORANG PENYERTAAN

  1. Setiap peserta hendaklah mengisi Borang Penyertaan yang disediakan.
  2. SATU borang penyertaan adalah bagi SATU penyertaan Borang Penyertaan mestilah dilampirkan bersama-sama hasil karya logo.
  3. Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas pada Borang Penyertaan:
    1. Nama Penuh.
    2.  No Kad Pengenalan
    3. No staf/ pelajar iv. Bahagian/Unit/Fakulti
    4. Nombor Telefon Bimbit
    5. Alamat E-mel
  4. Borang Penyertaan mestilah dihantar dalam bentuk hardcopy sama ada melalui pos atau serahan tangan bersama-sama reka bentuk logo menggunakan kertas A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan di atas kertas tebal atau mounting board beserta rasional/penjelasan/maksud bagi reka bentuk dan simbol serta warna.
  5. Penyertaan yang dihantar melalui pos atau serahan tangan hendaklah di alamatkan kepada:

Pertandingan Mereka Cipta Logo Baharu Universiti Islam Selangor
Bahagian Komunikasi Korporat Universiti Islam Selangor (UIS)
Bandar Seri Putra,  43000 Kajang,
SELANGOR DARUL EHSAN

  1. Manakala, softcopy hendaklah di e-melkan kepada corpcomm@uis.edu.my dalam bentuk format asal PSD ataupun Al dengan resolusi minimum 1280X960.
  2. Peserta hendaklah memastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis “Pertandingan Mereka Cipta Logo Baharu Universiti Islam Selangor”.
  3. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
  4. Penyertaan dan serahan hasil rekaan logo selepas tarikh akhir pertandingan (8hb Mei 2024) adalah ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.

 

HAK CIPTA

  1. Panel penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang menyertai (sekiranya perlu) dan logo yang terpilih akan digunapakai atau dipamerkan atau dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi melibatkan Universiti Islam Selangor dan menjadi HAK MILIK / HAK CIPTA UNIVERSITI ISLAM SELANGOR SEPENUHNYA.

 

HADIAH

  1. Hanya tiga (3) reka bentuk logo sahaja yang akan terpilih untuk memenangi pertandingan ini.
  2. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:
    1. Tempat Pertama : Wang Tunai RM1000.00 beserta Sijil Penghargaan.
    2. Tempat Kedua : Wang Tunai RM500.00 beserta Sijil Penghargaan.
    3. Tempat Ketiga : Wang Tunai RM300.00 beserta Sijil Penghargaan.
  3. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak urus setia melalui telefon atau surat atau e-mel.

 

Dikeluarkan Oleh:

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
23 APRIL 2024

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).