ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

18 Februari 2023 – UIS telah Berjaya melaksanakan Alumni KUIS Reunion Hi-Tea 2023 dengan kehadiran 200 orang peserta/alumni yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen UIS. Tujuan pengajuran program adalah bagi mewujudkan jaringan serta hubungan baik di antara para alumni, Bahagian Alumni dan pihak KUIS.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Abdul Razif Bin Zaini, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan turut disertai oleh barisan pengurusan tertinggi dan dekan-dekan fakulti.

Pelacaranan Tabung Dana Alumni juga telah dilaksanakan semasa program. Tujuan tabung tersebut adalah kepada manfaat Alumni UIS, Pelajar UIS, masyarakat/komuniti dan penyumbang tabung.

Semoga hasil daripada penganjuran program ini, hubungan dan jaringan di antara UIS dan Alumni akan terus berkekalan dan berterusan pada masa akan datang.