Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Mahasiswa |
30 Ogos 2016, Shah Alam - Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Selangor berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 10,000 rakyat bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam. Pelbagai acara disajikan antaranya persembahan tarian kebudayaan dan perarakan perbarisan 63 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan NGO. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menyertai Perbarisan Sambutan Kemerdekaan ke - 59 Peringkat Negeri Selangor yang diketuai Encik Muhammad Firdaus b. Haris bersama 41 mahasiswa ahli Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM). Dengan semangat Selangorku Sehati Sejiwa dan bertemakan Pahlawan Melayu Kontinjen KUIS berjaya meraih tempat ke 4 dalam kategori Badan Berkanun. Tahniah kepada Kontinjen KUIS. |