ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19
Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

Bandar Seri Putra, 3 Mei 2016 – MPP Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan mahabbah daripada MPP Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Yang Dipertua MPP KUIS Saudara Muhammad Faridzul Adha Bin Mohd Musa bersama kepimpinan EXCO telah menyambut delegasi pimpinan MPP KUIN yang diketuai Presiden MPP Saudara Hilmi bin Anasat. Pertemuan ini telah berlangsung di Dewan Senat KUIS.

Pertemuan ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam aktiviti mahasiswa dan membincangkan  hala tuju dan cabaran semasa mahasiswa khususnya mengenai isu kebajikan mahasiswa. Disamping itu, pertemuan ini juga bertujuan bagi mengeratkan  ukhwah di antara MPP KUIS dan MPP KUIN.

Sekalung tahniah dan terima kasih dari pihak MPP KUIS di atas pertemuan yang bermakna  dengan  sesi perbincangan  dan pandangan di antara KUIS dan KUIN yang sangat harmoni.

Majlis  diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi fotografi antara MPP KUIS dan MPP KUIN. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan ikatan mahabbah yang berterusan dalam pembinaan generasi pimpinan mahasiswa yang berilmu dan berintegriti.

mpp 1   mpp 2
mpp 3   mpp 4

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).