Bangi, 9 Jun - KUIS melalui Fakulti Pendidikan hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insani (MTISI) dalam usaha melahirkan huffaz yang kompeten di samping dapat mengembangkan kajian dan penyelidikan dalam bidang-bidang berkaitan terutamanya pendidikan.
MoU ditandatangani oleh Timbalan Rektor Akademik dan Pengantarabangsaan, Dr Zetty Nurzuliana Rashed disaksikan oleh En. Sapie Sabilan, Dekan Fakulti Pendidikan.
MTISI diwakili oleh En. Mohd Affendi Othman, Pengetua dan En. Norhisyam Ismail, Ketua Sektor Jaminan Kualiti & Pembangunan Insan.
Semoga MoU ini dapat dilaksanakan dengan baik demi pembangunan pelajar dan kecemerlangan hasrat kedua-dua pihak.