Berita UIS

Bangi, 6 Ogos 2024 – Yang Berhormat Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor hari ini merasmikan 7th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2024 bertempat di Universiti Islam Selangor. Yang Berhormat Puan Anfaal sangat teruja dengan tema seminar ini yang selari dengan keperluan dan hala tuju kerajaan negeri Selangor dalam pemerkasaan keperluan golongan OKU.

Program anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang ini membawa tema 'Empowerment of People with Disabilities: Fiqh, Social and Legal Issues' berlangsung selama dua hari bermula 6-7 Ogos 2024. Penyertaan kali ini menerima sebanyak 50 kertas pembentangan meliputi para pembentang dalam dan luar negara.

YBhg. Dato' Profesor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor UIS turut menyampaikan ucapan aluan dipembukaan seminar dan beliau amat berharap program seperti ini menjadi medan bagi ahli akademik dan professional untuk menyuburkan sumbangan ilmiah dan pemikiran dalam pembangunan dan penyelesaian masalah ummah khusus bagi topik yang dikupas selama dua hari ini.

Sesi keynote hari ini telah disampaikan oleh Dr. Azizah Mohd Rapini, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah and Undnag-Undang, UIS dengan tajuk 'The Rights of the Person with Disabilities (OKU) in Jurisprudence and its Comparison with the Legislation in Malaysia'; Dr. Azme bin Haji Matali, Senior Assistant Professor/Dekan Faculty of Syariah, UNISSA, Negara Brunei Darussalam dengan tajuk 'Empowerment of Person with Disabilities (OKU) in Jurisprudence and Fatwa in Brunei Darussalam'; Dr. Muh. Nashirudin, Dekan Faculty of Syariah, UIN Raden Mas Said, Surakarta, Indonesia dengan tajuk 'Empowerment of Person with Disabilities (OKU) in Jurisprudence and Fatwa in Indonesia'.

Seminar ini masih berlangsung sehingga 7hb Ogos 2024 dan akan mengupas lebih banyak topik antaranya 'The Empowerment of Persons with Disabilities in the Context of Current Jurisprudence' oleh Prof. Dr. Azman Abdul Rahman; 'The Role of JKM in empowering Persons with Disabilities' oleh Tuan Haji Azmir Kassim, Pengarah JKM Selangor; 'Empowerment of Person with Disabilities in the Social Context in Malaysia' oleh Prof. Dr. Ruzita Mohd Amin; 'Empowerment of Person with Disabilities in the Current Legal Context' oleh Tuan Muhammad Faizal Che Yusof.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).