ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Majlis Penutup Karnival Keusahawanan Kerjaya dan Simbolik Ulang Tahun Penubuhan KISDAR-KUIS-UIS ke-28 telah berlangsung dengan meriah di Pusat Konvensyen KUIS.

YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor membuka majlis dengan ucapan aluan dan mengimbau memori penubuhan awal Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sehingga dinaik taraf sebagai sebuah universiti penuh pada Oktober tahun lalu. Beliau turut menggalakkan mahasiswa untuk belajar dan mencuba bidang usahawan sebagai nilai tambah yang mampu membantu dan memberi pengalaman dalam menjana pendapatan sendiri.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor juga Ahli Lembaga Pengarah KUIS dan seterusnya menyaksikan gimik ulang tahun ke-28. Pulut kuning dipotong sebagai simbolik meraikan majlis dengan disaksikan oleh barisan pengurusan dan seisi dewan.

Turut hadir ialah Prof. Dato' Dr. Mujaini Tarimin, Ahli Lembaga Pengarah KUIS, dan Puan Norzaihan Mohd Zain, Pegawai Kewangan MAIS.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan untuk Bahagian Komunikasi Korporat, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, dan Majlis Perwakilan Pelajar dalam memastikan majlis ini berjalan dengan sangat baik.

Program karnival bakal menutup tirainya hari ini dan diteruskan dengan Company Talent Employability Program (CTEP) di bawah anjuran Pusat Jaringan Komuniti dan Industri. Program ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir bagi semua peringkat pengajian dalam menambah ilmu dan kemahiran terutama persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).