ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Shah Alam, 24 Jun 2022 - "Apa yang kita mahukan ialah, menghargai mereka yang selama ini menyokong dan bersama-sama sepanjang KUIS ditubuhkan", YBhg Prof. Madya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Bin Abdullah, Rektor KUIS.

Penganjuran majlis ini adalah kerana ingin bersama-sama meraikan ulangtahun penubuhan KUIS yang ke-25 yang sepatutnya dianjurkan pada tahun 2020 yang lalu. Walau bagaimanapun, kerana kekangan dan penularan wabak Covid-19, maka majlis ini hanya dapat diadakan pada malam ini.

Sepanjang majlis berlangsung juga, para tetamu disajikan dengan tayangan video yang memaparkan coretan lipatan-lipatan peristiwa dan sejarah penting sepanjang perjalanan pembangunan KUIS, sejak dari penubuhannya pada tahun 1995 sehinggalah ke hari ini.

Antara tetamu yang hadir adalah Ahli Lembaga Pengarah KUIS, Mantan Ahli Lembaga Pengarah, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Mantan Pengerusi dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor dan Barisan Pengurusan KUIS.

KUIS dapat berdiri teguh seperti sekarang adalah hasil usaha dan perit jerih mereka yang terlibat sejak awal penubuhannya. Segala budi yang dicurahkan akan terus kekal terpahat dalam lipatan sejarah dan akan menjadi kenang-kenangan sepanjang zaman. Diharapkan KUIS terus unggul dalam mencapai visi untuk menjadi salah sebuah universiti wakaf yang gemilang dalam melahirkan lebih ramai lagi ahli ilmu dan pemikir yang hebat yang akan memberi manfaat kepada seluruh dunia dengan ilmu dan kepakaran mereka.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).