Berita UIS

Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sesi I 2024/2025 ambilan kedua Universiti Islam Selangor telah berlangsung bersama YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah di Pusat Konvensyen UIS. Seramai kira-kira 420 orang pelajar Matrikulasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda telah berikrar untuk menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang menjunjung dunia dan akhirat dan akan menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing dengan sebaiknya.

Majlis ini juga dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi UIS, dekan-dekan fakulti dan di bantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar. Seluruh warga UIS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar atas pemilihan UIS sebagai destinasi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).