ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19
Disediakan oleh :
Bahagian Pengurusan Insan (BMI)

apc 2015 9

CYBERJAYA, 25 OGOS : Seramai 111 pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah diraikan di dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015. Pengurusan KUIS telah berbesar hati menyampaikan 4 anugerah kepada pegawai KUIS iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Anugerah Khidmat Emas (AKE), Anugerah Khidmat Setia (AKS) dan Anugerah Hadiah PhD.

Seramai 44 penerima telah dipilih bagi menerima APC, 32 penerima telah memenuhi kriteria AKE iaitu berkhidmat genap 15 tahun, 21 penerima memenuhi kriteria AKS iaitu berkhidmat genap 10 tahun dan 14 penerima layak untuk Anugerah Hadiah PhD atas kejayaan menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Rektor KUIS, Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri, berkata Majlis APC merupakan satu acara tahunan yang diadakan setiap tahun sebagai satu wadah pengiktirafan KUIS kepada Pegawai yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Ia juga bertujuan untuk memperkasa hubungan ukhuwah di antara pihak Pengurusan serta warga KUIS bagi membentuk dan mencapai semangat KUIS MILIK KITA BERSAMA.

“Saya berharap seluruh warga terutamanya semua penerima anugerah dapat mengekalkan kecemerlangan dan memacu gagasan KUIS ke arah UNIVERSITI PENUH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KUIS bagi tahun 2015 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya, hari ini.

Hadir sama, semua barisan Pengurusan KUIS, Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian bagi meraikan pegawai yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan menyumbang khidmat bakti kepada Fakulti dan Jabatan di KUIS.

Dalam pada itu Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri turut merakamkan ucapan TAHNIAH kepada semua pegawai yang telah mencapai kejayaan dan pelbagai anugerah sepanjang tahun 2015 dan 2016 seperti Dr. Md. Noor bin Hussin yang dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Muda bagi Tokoh Anak Muda Kelantan (AMaL) 2015 dari Kerajaan Negeri Kelantan, Dr. Mohd Farid Ravi Abdulah yang dianugerahkan dengan Anugerah Khas Imam Al-Ghazali sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437 hijrah peringkat Negeri Selangor dan Encik Mislan Sabri yang dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Pingat Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Tahun 2015 dan lain-lain kejayaan yang telah dicapai oleh seluruh warga KUIS.

Klik untuk lihat galeri foto Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Klik untuk lihat slide penerima-penerima anugerah

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).