ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

7 April 2022 – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) melalui Fakulti Pengurusan dan Muamalah hari ini memeterai sebuah Memorandum Persefahaman bersama Islah Venture Sdn Bhd (IVSB).

Kolaborasi ini akan mewujudkan jalinan kerjasama pintar dalam perkara yang disepakati diantara KUIS dan Islah Venture Sdn Bhd, memperkembangkan lagi ilmu yang berteraskan bidang akademik dan TVET melalui aktiviti penyelidikan, penulisan, penganjuran seminar dan lain-lain serta mewujudkan hubungan baik di antara KUIS dan Islah Venture Sdn Bhd bagi tujuan mengisi keperluan sumber tenaga mahupun kepakaran dalam bidang tertentu.

Melalui kerjasama ini juga dilihat mampu membuka peluang kepada para pelajar dalam bidang halal sebagai satu kemahiran dan nilai tambah yang diperoleh dari KUIS.

KUIS diwakili oleh Rektor, Yang Berbahagia Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Bin Abdullah manakala IVSB oleh Puan Noordazleena binti Mohd Daud selaku Pengarah Urusan. Dalam pada itu, Rektor berharap agar kolaborasi ini dapat dijalankan sebaiknya dan mencapai objektif sepertimana yang termaktub di dalam perjanjian hari ini.

“Saya yakin bahawa melalui kolaborasi ini, kita akan dapat mencapai hasil yang terbaik dalam merealisasikan tujuan kita bersama. Ia juga merupakan satu usaha jihad ekonomi terutama buat bakal-bakal graduan. Saya mengharapkan inisiatif yang baik dan bermanfaat melalui kerjasama ini,” katanya ketika berucap di majlis ini.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).