ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19
Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

Bandar Seri Putra – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan mesra dari Darul Quran, Jakim pada 12 Mei 2016. Lawatan seramai  40 orang ini turut disertai pegawai dari Darul Quran dan Pengetua-pengetua dari Maahad Tahfiz Al-Quran negeri Selangor  yang diketuai oleh Y. Bhg. Dr. Nordin bin Ahmad, Pendaftar Darul Quran.

Sesi perjumpaan dan beramah mesra telah diadakan di Dewan Senat yang berlangsung selama 1 jam itu turut disertai oleh Dekan Fakulti Pengajian & Peradaban Islam (FPPI), Dr. Mariam Bin Abd. Majid dan pensyarah-pensyarah dari Jabatan Tahfiz, FPPI. Turut hadir Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan), Dr. Zulkifli bin Abd. Hamid, Dekan-dekan dari Fakulti Pengurusan & Muamalah dan Pusat Asasi.

Lawatan ini juga adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan mewujudkan jaringan dua hala antara Darul Quran, Jakim dan KUIS. Wakil dari Akademi Islam, Ustaz Muhammad Syafee Salihin bin Hasan turut memberikan taklimat berkenaan program pengajian Jabatan Tahfiz.

dq 1   dq 2
dq 3

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).