ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

22 Februari 2023 – UIS telah menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras daripada Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Basir Bin Awang @ Mohd Ramli, Timbalan Rektor Akademik & Antarabangsa KUIPs, barisan pengurusan tertinggi serta Dekan dan Ketua Bahagian KUIPs.

Delegasi disambut mesra oleh pihak UIS yang diketuai oleh YBhg. Prof Madya Dr. Zetty Nurzuliana Binti Rashed, Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan dan turut disertai oleh barisan pengurusan tertinggi dan ketua-ketua pusat tanggungjawab terlibat.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara KUIPs dan UIS di samping untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan berkongsi kepakaran berkaitan hal ehwal tadbir urus akademik, perundangan, kewangan, hal ehwal pelajar dan governan universiti.

Semoga hasil daripada kunjugan hormat ini, hubungan dua hala di antara UIS dan KUIPs akan terus berkekalan dan saling membantu dalam mencapai ke arah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia.

@kuips.official

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).