Disediakan oleh : Pejabat Timbalan Rektor Pengurusan Korporat |
Bandar Seri Putra – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menerima lawatan mahabbah daripada Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan Qomaruddin Jawa Timur Indonesia pada 30 September 2016 dan telah menandatangani Memorandum Persefahaman MoU di antara KUIS dan STKIP Qomaruddin di dalam memperkasa jaringan kerjasama akademik dan pembangunan mahasiswa di peringkat antarabangsa. Rektor KUIS Prof Dato’ Ab. Halim bin Tamuri melahirkan rasa bangga dan gembira di atas kunjungan dan kesudian pihak STKIP Qomaruddin yang diketuai oleh YTH Drs. H. Moh Maghfur, M.Pd. Hasil perbincangan pihak KUIS dan STKIP Qomaruddin bersetuju untuk terus melebarkan dan mepelbagaikan jaringan kerjasama khususnya di dalam pertukaran pensyarah dan program mobiliti pembangunan mahasiswa, penganjuran seminar dan konvensyen, penerbitan jurnal serta penyelidikan, yang dapat memberikan impak yang positif kepada kedua-dua pihak. Turut hadir di dalam majlis ini, Dr. Zulkifli bin Abd Hamid Timbalan Rektor Pengurusan Korporat, Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni Dr Mokmin bin Basri , Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Dekan Fakulti Pendidikan, Timbalan Dekan serta para Pensyarah Fakulti Pendidikan. Majlis Menandatangani MoU telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan penyampian cenderhati dan sesi photografi. Pertemuan kali ini sangat harmoni dipenuhi dengan perasaan mahabbah dan ukhwah di antara KUIS dan STKIP Qomaruddin yang dapat memperkasa ikatan persahabatan dan silaturrahim. Semoga Allah sentiasa memberkati pertemuan dan majlis ini. Ameen. |