ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Kunjungan hormat dari Asian Islamic University Association (AIUA) diwakili oleh Dr. Anton Hindharjo-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan ArRayyan Cordova dan Bapak Sugito- pengasas Yayasan ArRayyan Cordova diiringi oleh Prof. Mohd Mizan Mohammad Aslam dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Dr. Md Noor Hussin, Dekan Pengajian Peradaban Islam menyambut kunjungan dengan memperkenalkan keunikan dan kelebihan KUIS dimata pelajar antarabangsa terutamanya pelajar dari Indonesia. Antara tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membina jaringan perhubungan di antara dua negara dalam bidang pendidikan dan penyelidikan di masa akan datang. KUIS turut mengalukan kehadiran para pelajar dari Sekolah Islam Terpadu Cordova untuk menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di KUIS dalam pelbagai bidang.

Turut hadir ialah Dr. Rabiahthul Adhabiyyah Sayed Abudhahir, pengarah Pusat Mobiliti dan Latihan Industri bersama team Bahagian Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).