9 Disember 2021 - Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dua hala bersama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).
MoU ditandatangani oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pemangku Rektor mewakili KUIS manakala KITAB diwakili oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohamad Abdul Hamid, Ketua Eksekutif / Rektor.
Antara objektif MoU ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran pensyarah, dan cadangan untuk francais program-program tertentu antara dua institusi terutama dalam bidang kewangan dan ekonomi.
Semoga MoU ini akan dapat membuka peluang khusus bagi pelajar dan ahli akademik untuk menjalankan penyelidikan bersama pada masa akan datang.