ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

BANDAR SERI PUTRA, KAJANG, 24hb hingga 26hb Disember 2022: Penganjuran Selangor Innovation and Technology Bootcamp 2022 (INNOTECH BC 2022) merupakan satu inisiatif menyokong agenda Smart Selangor dengan menyemarakkan budaya inovasi serta ilmu pengetahuan dan kemahiran bidang teknologi dalam kalangan anak remaja negeri Selangor.

Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), Dr. Juzlinda Mohd Ghazali berkata program ini merupakan usaha mendorong ke arah pemacuan inovasi dan teknologi dalam kalangan 125 anak remaja negeri Selangor terpilih dengan memberi fokus kepada golongan B40. Penganjuran program 3 hari 2 malam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merangkumi latihan hands on di makmal komputer oleh pakar-pakar bidang. Program juga turut diisi dengan program-program yang menarik seperti permainan Dron dan penggunaan Google Glass VR.

INNOTECH BC 2022 ini terbahagi kepada 5 kategori yang berbeza iaitu Kategori Sains dan Teknologi Maklumat (Inovasi dan Kerjaya di Era Revolusi Industri 4.0), Multimedia Kreatif dan Media Baharu (Penghasilan dan Suntingan Imej Grafik), Keusahawan Digital (Digital Poster, Media Sosial dan Website), Teknologi Masa Depan (Augmented Reality & Virtual Reality) dan Automasi ICT (Google Workspace).

“Saya percaya penawaran dan pelaksanaan 5 kategori ini berupaya memberi impak bagi mendokong aspirasi Kerajaan Negeri Selangor. Peserta dibimbing menjana idea kreatif dan inovatif, disamping penyampaian idea yang lebih berkesan.”

“Penglibatan pihak industri seperti Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) dan Aerodyne Group Sdn Bhd, yang bertindak sebagai juri, memberi peserta pendedahan secara langsung dengan industri mengenai pembangunan projek”, kata Dr. Juzlinda Mohd Ghazali menerusi kenyataan beliau.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).