Berikut adalah syarat kelayakan dan kadar harga untuk pelekat kenderaan bagi tahun 2021 seperti jadual di bawah:

Kategori Kelayakan Kereta Motosikal
Pegawai (Akademik / Pentadbiran) 4 unit RM 5 / Unit RM 5 / Unit
Pelajar 1 unit RM 5 / Unit RM 5 / Unit
Agensi 1 unit RM 10 / Unit RM 10 / Unit

 

Pelekat Kereta / Motosikal (Pegawai)

title bottom left

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pendaftaran pelekat kenderaan pegawai untuk tahun 2021 akan dibuka bermula pada 07hb. November 2019 sehingga 31hb. Disember 2019 (Selasa). Permohonan yang dihantar selepas tarikh yang ditetapkan di atas akan diproses pada bulan Januari 2020.

Selepas tarikh kuat kuasa pelekat bermula, permohonan pelekat akan dibuka sepanjang tahun 2020. Bagi pegawai yang masih belum mempunyai pelekat kenderaan 2019, permohonan masih dibuka untuk penggunaan sehingga Disember 2019.

Pengambilan Pelekat

: Bermula Januari 2020 

Hari/Masa Kaunter

: Isnin-Jumaat, 10:00 pagi-04:00 petang 

Tarikh Kuat kuasa Pelekat

: Bermula Februari 2020 

Pegawai boleh mengambil pelekat kenderaan di pejabat Bahagian Keselamatan KUIS dengan membawa kad pegawai sebagai rujukan. Hanya pemohon sahaja yang dibenarkan untuk mengambil pelekat yang dibeli bagi mengelak kehilangan.

 

PELEKAT KERETA/MOTOSIKAL (PELAJAR / AGENSI)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pendaftaran pelekat kenderaan pelajar untuk Sesi II 2019/2020 boleh dibuat mulai 07hb. November 2019 sehingga 31hb. Disember 2019 (Selasa). Permohonan yang dihantar selepas tarikh yang ditetapkan di atas akan diproses pada bulan Januari 2020.

Selepas tarikh kuat kuasa pelekat bermula, permohonan pelekat akan dibuka sepanjang tahun 2020. Bagi pelajar/agensi yang masih belum mempunyai pelekat kenderaan 2019, permohonan masih dibuka untuk penggunaan sehingga Disember 2019.

Pengambilan Pelekat

: Bermula Januari 2020 

Hari/Masa Kaunter

: Isnin-Jumaat, 10:00 pagi-04:00 petang 

Tarikh Kuat kuasa Pelekat

: Bermula Februari 2020 

Pelajar/Agensi boleh mengambil pelekat kenderaan di pejabat Bahagian Keselamatan KUIS dengan membawa kad pelajar/mykad/pasport sebagai rujukan. Hanya pemohon sahaja yang dibenarkan untuk mengambil pelekat yang dibeli bagi mengelak kehilangan.

 

PROSEDUR PENDAFTARAN KENDERAAN PEGAWAI

  1. Pegawai hanya dibenarkan membawa kenderaan dengan geran yang sah.

  2. Seorang pegawai/pasangan dibenarkan mendaftar empat (4) kenderaan sahaja dan selebihnya atas budi bicara Ketua Bahagian Keselamatan (jika perlu).

  3. Setiap kenderaan untuk satu (1) borang berasingan beserta setiap dokumen sokongan.

  4. Pemohon dan pemilik pelekat mestilah orang yang sama bukan individu berbeza.

  5. Semasa membeli pelekat kenderaan pegawai dikehendaki membawa:

    • Borang permohonan (BK/01/PINDAAN-01/2020) yang lengkap beserta bayaran

    • Salinan lesen yang masih sah digunakan

    • Salinan Kad Pegawai.

  6. Pegawai pentadbiran/kuiscell/masjid akan diberikan pelekat kenderaan berwarna KUNING.

  7. Pegawai akademik akan diberikan pelekat kenderaan berwarna MERAH.

  8. Bahagian Keselamatan berhak untuk tidak mengeluarkan pelekat kenderaan jika permohonan tidak lengkap.

 

PROSEDUR PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR

  1. Pelajar hanya dibenarkan membawa satu (1) kenderaan seperti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Universiti.

  2. Hanya pelajar tahun akhir sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar pelekat kenderaan.

  3. Setiap permohonan hendaklah melalui fakulti dan diluluskan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM).

  4. Semasa membeli pelekat kenderaan pelajar dikehendaki membawa:

    • Borang permohonan (BK/02/PINDAAN-01/2020)/(BK/03/PINDAAN-01/2020) yang lengkap beserta bayaran

    • Salinan lesen yang masih sah digunakan

    • Salinan Kad Pelajar

    • Geran asal atau salinan geran

    • Jika geran mempunyai nama tidak sama dengan pelajar, pemohon perlu membawa surat KEBENARAN dari penama pada geran asal kenderaan tersebut (disahkan oleh BPM)

  5. Pelajar akan diberikan pelekat kenderaan berwarna HIJAU.

  6. Bahagian Keselamatan berhak untuk tidak mengeluarkan pelekat kenderaan jika permohonan tidak lengkap.

 

PROSEDUR PENDAFTARAN KENDERAAN AGENSI

  1. Agensi hanya dibenarkan membawa kenderaan dengan geran yang sah.

  2. Seorang pemohon dibenarkan mendaftar satu (1) kenderaan sahaja dan selebihnya atas budi bicara Ketua Bahagian Keselamatan (jika perlu).

  3. Pemohon dan pemilik pelekat mestilah orang yang sama bukan individu berbeza.

  4. Setiap kenderaan untuk satu (1) borang beserta setiap dokumen sokongan.

  5. Semasa membeli pelekat kenderaan agensi dikehendaki membawa:

    • Borang permohonan (BK/04/PINDAAN-01/2020) yang lengkap beserta bayaran

    • Salinan lesen yang masih sah digunakan

    • Salinan Kad Pengenalan / Pasport

    • Geran asal atau salinan geran

  6. Agensi / Vendor / KOKUIS akan diberikan pelekat kenderaan berwarna BIRU.

  7. Bahagian Keselamatan berhak untuk tidak mengeluarkan pelekat kenderaan jika permohonan tidak lengkap.

  

PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN KENDERAAN
DI DALAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

 

  1. Pengguna-pengguna jalanraya di dalam kampus adalah tertakluk kepada peraturan KUIS dan Akta Pengangkutan Jalan (1987).

  2. Setiap pemandu kenderaan yang masuk ke kampus hendaklah mempunyai pelekat kenderaan yang sah.

  3. Kebenaran memasuki kampus hanya diberi kepada Ahli Lembaga Pengarah, pegawai, pelajar, agensi luar dan pelawat yang sah sahaja.

  4. Pelekat kenderaan ini hendaklah digunakan sepanjang masa untuk tujuan masuk ke KUIS.

  5. Pelekat kereta hendaklah dipamerkan di penjuru (kanan) atas cermin hadapan kenderaan dan bagi motosikal pula hendaklah dipamerkan di bahagian hadapan bagi memudahkan pelekat tersebut dapat dilihat.

  6. Pelekat-pelekat kenderaan ini tidak boleh dipindah milik atau dipalsukan, jika didapati bersalah stiker yang dirampas tidak akan dikembalikan.

  7. Had laju di dalam kampus tidak melebihi 35 km/j. Sila perlahankan kenderaan semasa melalui pintu utama ke KUIS.

  8. Pengguna-pengguna jalanraya diminta memberi kerjasama ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.

  9. Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat adalah dilarang masuk.

  10. Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan di dalam kawasan kampus hendaklah dilaporkan ke Bahagian Keselamatan dan pihak berkuasa Kolej Universiti secepat mungkin.

  11. Kenderaan-kenderaan hendaklah diparkir di tempat yang dikhaskan sahaja atau di tempat yang diarahkan oleh pihak keselamatan.

  12. Kebenaran boleh ditarik balik oleh pihak keselamatan pada bila-bila masa jika arahan-arahan lalulintas di dalam kampus tidak dipatuhi.

 

Disediakan oleh:
MUHAMMAD SHUHAIMI BIN ALANG AZIDDIN
Bahagian Keselamatan
06.11.2019

Disemak dan disahkan oleh:
HASHIM BIN ABDUL GHAFFAR
Ketua Bahagian Keselamatan
06.11.2019

Fungsi Bahagian

title bottom left

Menjaga keselamatan harta benda dan ketenteraman warga UIS mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kampus berlandaskan al-quran dan al-sunnah.

Sila pastikan pelekat diletakkan di sebelah kanan kenderaan.

kereta
motor1
motor2

Objektif Bahagian

title bottom left

  • Memelihara keamanan dan ketenteraman d dalam kampus.

  • Menjaga dan mengawal keselamatan bangunan, harta benda dan warga kampus.

  • Mencegah dan membantu pihak berkuasa mengurus jenayah di dalam kampus.

  • Menguatkuasakan peraturan keselamatan dan lalu lintas di dalam kampus.

BAHAGIAN KESELAMATAN (BK)
Bangunan Pejabat Keselamatan, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

+603 8911 7000
+603 8911 7019 (T. Terus)
+603 8925 4418
keselamatan@uis.edu.my
www.uis.edu.my/bk

 

syafyny
SYAFYNY BINTI A. RAHMAN
Ketua Bahagian /
Penolong Pendaftar
1115
syafyny@uis.edu.my
zaimee
ZAIMEE BIN ABU SAMAH
Penyelia Keselamatan
3369
zaimee@uis.edu.my
shuhaimi alang aziddin
MUHAMMAD SHUHAIMI BIN ALANG AZIDDIN
Pembantu Tadbir (Pentadbiran)
3369
mshuhaimi@uis.edu.my
sarimah
SARIMAH BINTI TALIB
Pengawal Keselamatan Kanan (Operasi)
3369
sarimah@uis.edu.my
abd wahab
ABDUL WAHAB BIN MD DIS
Pengawal Keselamatan Kanan / Ketua Shif
1136
abdwahab@uis.edu.my
tiada foto
MOHD IHAZA BIN ZAHARI
Pengawal Keselamatan / Ketua Shif
1136
mohdihaza@uis.edu.my
salim
MOHAMAD SALIM BIN IDIN
Pengawal Keselamatan / Ketua Shif
1136
mohamadsalim@uis.edu.my
masrudee
MASRUDEE SHAM BIN MOHD NOH
Pengawal Keselamatan / Ketua Shif
1136
masrudee@uis.edu.my
padil
M. PADIL BIN HAMID @ MOKHTAR
Pengawal Keselamatan
1136
mpadil@uis.edu.my
abdul razak
ABDUL RAZAK BIN KASSIM
Pengawal Keselamatan
1136
abdulrazak@uis.edu.my
faizol
MOHD FAIZOL BIN TAIB
Pengawal Keselamatan
1136
mohdfaizol@uis.edu.my
nordin
NORDIN BIN MOHD AMIN
Pengawal Keselamatan
1136
nordin@uis.edu.my
ali
MOHD ALI BIN JOHARI
Pengawal Keselamatan
1136
mohdali@uis.edu.my
abang osman
ABANG OSMAN BIN ABANG HAMZAH
Pengawal Keselamatan
1136
abangosman@uis.edu.my
mohd hafiz
MOHD HAFIZ BIN KARIM
Pengawal Keselamatan
1136
hafizkarim@uis.edu.my
jamar al hafiz
MOHD JAMAR AL HAFIZ BIN JAMILUDIN
Pengawal Keselamatan
1136
jamaralhafiz@uis.edu.my
raffiei
MOHD RAFFIEI BIN JAMALUDDIN
Pengawal Keselamatan
1136
raffiei@uis.edu.my
muhammad shazni
MOHD SHAZNI BIN MD DARUS
Pengawal Keselamatan
1136
mshazni@uis.edu.my
khairol naim
KHAIROL NAIM BIN ATHZAR
Pengawal Keselamatan
1136
khairolnaim@uis.edu.my
zuridah
ZURIDAH BINTI RAFAE
Pengawal Keselamatan
1136
zuridah@uis.edu.my
muhammad hazim
MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD HAIRIZAL
Pengawal Keselamatan
1136
hazim@uis.edu.my
post guard

POS PENGAWAL
1136

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).