Objektif Bahagian
-
Menguruskan hasil dengan cekap dan teratur dan berdasarkan peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
-
Memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan secara efisyen dan cekap dengan memastikan biasiswa dan pelbagai bayaran tabung diagihkan kepada para pelajar dalam kadar segera.
-
Memastikan kelestarian kewangan dengan memastikan pendapatan niaga dan amanah (diinbois) dipungut mengikut tempoh yang ditetapkan.
-
Memastikan pengurusan kutipan balik pinjaman pelajaran dilaksanakan dengan berkesan dan menepati sasaran serta penguatkuasaan perjanjian biasiswa dan cuti belajar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.