24 Mei 2022 – KUIS melalui Masjid Al-Azhar hari ini menganjurkan ceramah ilmiah bertajuk "Kepentingan Fiqh Al-Hadis Dalam Gerakan Dakwah Kontemporari" yang disampaikan oleh Al-Mukarram Sheikh Maulana Dr. Salman Al-Husaini An-Nadwi, Rektor Universiti Syed Ahmad Shaheed, India.
Y.Bhg Dato' Rektor KUIS turut memberikan ucapan aluan sebagai pembuka majlis. Antara intipati ceramah ini menyentuh tentang keagungan Islam, akhlak dan muamalat Rasulullah S.A.W dengan masyarakat bukan Islam.
Majlis ini berlangsung secara Live melalui page rasmi Masjid Al-Azhar dan FB rasmi KUIS.