Kesinambungan daripada program International Showcase on Economic Empowerment for Person with Autism (ISSEEPA) semalam, hari ini Universiti Islam Selangor menganjurkan 2nd Penyayang Fun Run yang berjaya mengumpulkan 300 penyertaan terdiri di kalangan Orang Kelainan Upaya, warga UIS dan penduduk sekitar.
YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor UIS melepaskan dua kategori larian iaitu sejauh 5KM untuk orang awam dan 1KM untuk golongan istimewa.
Objektif utama penganjuran larian ini adalah untuk membina kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan memahami kehendak dan keperluan OKU dan anak-anak Autisme di samping menyatakan pendirian UIS dalam menyokong penuh golongan OKU melalui Dasar Inklusif yang telah dimeterai baru-baru ini.
Tahniah semua kepada peserta larian. Dan Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yanh terlibat dalam menjayakan program ini.
Program Karnival dan Pameran Sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan KISDAR-KUIS-UIS Ke 28 masih berlangsung dan hari ini sehingga 14 Februari 2023 adalah aktiviti dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni / Majlis Perwakilan Pelajar dengan pelbagai jualan disajikan untuk anda di dua lokasi iaitu bertempat di tapak parking kenderaan (belakang Pusat Konvensyen) dan juga di dalam Pusat Konvensyen.