ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) meraikan seramai 1,889 graduan yang telah tamat pengajian dari pelbagai peringkat terdiri daripada Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke- 25 yang berlangsung mulai 14 hingga 18 Ogos 2022 di Pusat Konvensyen KUIS. Ini menjadikan jumlah keseluruhan graduan dari tahun 1998 hingga 2022 ialah seramai 27,365 orang.

Dalam majlis sidang pertama, seramai 8 orang graduan dikurniakan anugerah-anugerah khas seperti berikut:

1 Penerima Anugerah Diraja DYMM Sultan Selangor
1 Penerima Anugerah Dato' Menteri Besar Selangor
1 Penerima Anugerah Exco Kerajaan Negeri Selangor (Ijazah Doktor Falsafah)
1 Penerima Anugerah Exco Kerajaan Negeri Selangor (Ijazah Sarjana)
1 Penerima Anugerah Exco Kerajaan Negeri Selangor (Ijazah Sarjana Muda)
1 Penerima Anugerah Rektor
1 Penerima Anugerah Kepemimpinan Siswa
1 Penerima Anugerah Kepemimpinan Siswi

Manakala 40 orang graduan diumumkan sebagai penerima hadiah terbaik (fakulti dan program) iaitu 2 Penerima Terbaik Fakulti (Pascasiswazah), 5 Penerima Terbaik Fakulti (Prasiswazah) dan 33 Hadiah Terbaik Program (Prasiswazah). Graduan Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 1,128 orang, manakala Diploma 745, 13 Ijazah Sarjana dan 3 Ijazah Doktor Falsafah.

Majlis Konvokesyen kali ini lebih meriah dan bermakna apabila ibu bapa atau waris dibenarkan masuk ke pusat konvensyen bagi mengiringi graduan dan menyaksikan majlis berlangsung. Berbeza dengan dua kali penganjuran ketika pandemik Covid-19 sebelum ini di mana hanya graduan sahaja yang dibenarkan masuk. Bagaimanapun, pihak pengurusan dan warga kerja penganjuran Majlis Konvokesyen sentiasa peka dan perihatin dengan memastikan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dilaksanakan dengan baik dan sentiasa mengingatkan para graduan dan petugas agar tidak melanggari SOP.

Komitmen berterusan KUIS dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga profesional Muslim yang mampu menyumbang kepada pelbagai keperluan industri negara, memimpin masyarakat serta membangun ummah menyumbang kepada melahirkan lebih ramai Dai, Ulama dan Umarak.