ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19
Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

29 Februari 2016, Bandar Seri Putra - Satu lagi sejarah telah tercipta dimana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian MoU antara pihak Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Dewan Senat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

MoU dipihak YAPIS ditandatangani oleh YBhg DR. Halimah binti Ali Pengarah YAPIS bersaksikan Prof. Zainal Abidin bin Kidam dan dipihak KUIS oleh Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri  Rektor bersaksikan Dr. Mohamad Syukri bin Abdul Rahman.

MoU dilakukan berdasarkan kesefahaman antara pendidikan dalam aliran tahfiz serta pengajian yang berkaitan ilmu-ilmu al-Quran dan pengajian Islam. Disamping itu, KUIS dan YAPIS bersama-sama dapat mengadakan pertukaran idea dan pengetahuan dalam pembangunan pengajian tahfiz al-Quran bagi tahap pendidikan awal kanak-kanak. Semoga Allah sentiasa memberkati segala usaha oleh kedua pihak. Syabas KUIS diatas persefahaman yang terjalin antara kedua-dua pihak.

1   2
3