ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19
Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

5 APRIL 2016, Bandar Seri Putra – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) hari ini telah menerima kunjungan dari Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) bagi menandatangani Memorendum Perjanjian (MOA) koloborasi strategik di antara KUIS dan UKSB yang telah berlangsung di Dewan Senat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

MOA di pihak KUIS telah ditandatangani oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri,  Rektor KUIS disaksikan YBhg Dr. Zulkifli Abd. Hamid, Timbalan Rektor, Pengurusan Korporat KUIS, manakala di pihak UKSB pula telah diwakili oleh YBhg Datuk Mohd Noordin Abbas, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan bersama Encik Ariffin Nordin, Pengarah Eksekutif/ Ketua Pengarang Majalah UKSB.

Turut hadir dalam majlis ini YBhg Datuk Othman Mohamad Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Timbalan Rektor Akademik dan Penyelidikan, YBhg Dr. Mohamad Syukri Bin Abd. Rahman, Pendaftar Encik Zulhizzam bin Hamzah, Dekan, Pengarah, Pegawai Kanan KUIS dan Pengurus dan Pegawai dari pihak Utusan Karya Sdn Bhd.

Antara isi kandungan MOA tersebut ialah UKSB secara rasminya menjadi rakan media utama kepada KUIS dalam konteks penerbitan dan publisiti seperti aktiviti, program dan promosi KUIS kepada masyarakat umum. UKSB juga menawarkan Biasiswa Utusan kepada KUIS dalam memberi galakkan kepada lima pelajar terbaik setiap tahun bernilai RM50, 000 untuk berusaha lebih gigih dalam persaingan dunia pendidikan.

Majlis menandatangani MOA telah berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi photografi. Pertemuan kali ini penuh dengan suasana harmoni dan semangat persaudaraan Islam di antara KUIS dan UKSB yang dapat memperkasakan bidang pendidikan Islam. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha murni ini. Tahniah KUIS.

uksb 1   uksb 2
uksb 3   uksb 4
uksb 1   uksb 6
uksb 7

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).