Assalamualaikum wmt. wbt
Kepada semua warga KUIS yang dirahmati Allah swt.
Hari ini merupakan hari ke-4 kita dalam Movement Control Order (MOC) yang bermula pada 18hb - 31hb Mac 2020. Marilah kita berdoa agar kita sentiasa dilindungi oleh Allah swt dari sebarang mala petaka dan selamat daripada ancaman COVID-19 yang sangat merbahaya. Sehingga jam 10.07 malam 21/3/2020, sebanyak 1,183 kes direkodkan dengan 8 kematian.
Saya memohon dan merayu kepada semua staf KUIS dan keluarga serta sanak saudara untuk tinggal di rumah masing-masing STAY AT YOUR HOME.
Gunakan masa yang ada sebaiknya dengan keluarga dan juga anak-anak kerana banyak perkara bermanfaat yang boleh kita lakukan semasa tempoh MOC ini.
Doakan juga sahabat-sahabat kita yang sedang bertugas menjaga seramai 172 orang pelajar di asrama KUIS yang tidak dibenarkan mereka keluar daripada kampus kerana arahan MOC
Alhamdulillah, Dr Syukri, En Zulhizam, Dr. Salman bersama-sama felo. staf dan pengawal keselamatan bertugas siang dan malam menjaga pelajar-pelajar kita. Berikan semangat dan apa jua sokongan kepada mereka. Kita ucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan yang diberikan dan kita berdoa agar dipermudahkan urusan serta dilindungi Allah swt.
Terima kasih semua.
Ab. Halim Tamuri, Rektor KUIS.
10.17malam, 21 Mac 2020