Berita UIS

Shah Alam, 14 Julai 2025 – Universiti Islam Selangor (UIS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan enam (6) agensi bagi memperkukuhkan kerjasama strategik dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, penyelidikan, pembangunan komuniti dan pelajar. Usaha ini turut merangkumi penyediaan peluang latihan industri dan penempatan praktikal di agensi-agensi terlibat sekali gus meningkatkan pengalaman serta kemahiran pelajar dalam bidang masing-masing.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Profesor Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Naib Canselor UIS dan disaksikan oleh Yang Berusaha Encik Zulhizzam Hamzah, Pendaftar UIS.

Sebanyak enam (6) agensi telah menzahirkan komitmen kerjasama dengan UIS melalui pemeteraian MoU ini melibatkan pelbagai kluster pembangunan universiti seperti berikut:

  1. Kumpulan Pantai Bharu (Kluster: Komersialisasi)
    Penandatangan: Encik Fairul Iskandar Faizil De Souza (Pengurus Besar, Jabatan Korporat, Media & Pelancongan)
    Saksi: Encik Mohd Syazwan Suhaimi (Eksekutif Korporat, Media & Pelancongan)
  2. Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA) (Kluster: Pelancongan)
    Penandatangan: Kapten (B) Mahdzir Tan Sri Mansor (Presiden MiTDA)
    Saksi: Dato’ Azlie Halim (Ketua Pegawai Eksekutif / Pengasas Santai Travel Magazine)

  3. XOG Consultancy (Kluster: Kerjasama Pemasaran-Sekolah)
    Penandatangan: Encik Ahmad Badli bin Haji Badaruddin (Ketua Pegawai Eksekutif)
    Saksi: Encik Ahmad Ifran bin Mohd Firdaus
  4. SixtySix Academy (Kluster: Alumni & Jaringan Industri)
    Penandatangan: Encik Mohd Radzman Basinon (Penerbit / Pengarah Kreatif)
    Saksi: Encik Mohd Hafez Harun (Pengarah Multimedia)

  5. Uni Assist Malaysia (Kluster: Pemasaran & Ejen Pengambilan Pelajar)
    Penandatangan: Professor Dato’ Dr. Mansor Md. Isa (Pengerusi)
    Saksi: Encik Mohd Fairus Abu Hanifah (Pengarah Urusan)
  6. Bank Islam Malaysia Berhad (Kluster: Institusi Perbankan & Keusahawanan)
    Penandatangan: Encik Mohd Zikri bin Mohd Shairy (Pengarah, Bahagian Kewangan Sosial)
    Saksi: Encik Mohd Izhar bin Pawanchek (Naib Presiden Kanan, Bahagian Kewangan Sosial)

Usaha ini dilihat berpotensi menggalakkan kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan inovasi antara UIS dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam menyampaikan manfaat kepada masyarakat dan negara. Inisiatif ini turut merangkumi pelaksanaan program latihan dan pembangunan profesional bagi warga akademik dan bukan akademik, ke arah meningkatkan kompetensi serta kemahiran yang sejajar dengan keperluan industri semasa. Di samping itu, pengukuhan jaringan kerjasama strategik juga diutamakan bagi memacu pembangunan ilmu dan teknologi secara menyeluruh. Usaha bersama ini seterusnya menyokong pelbagai aktiviti pembangunan, keusahawanan dan sosial, sekali gus mempererat hubungan antara UIS dan rakan-rakan strategiknya.

“Penandatanganan MoU ini adalah satu langkah penting dalam mengukuhkan jaringan kerjasama UIS dengan pelbagai agensi terkemuka. Ia memberikan peluang yang lebih luas untuk kita membina sinergi yang membawa manfaat kepada universiti khususnya tenaga pengajar, pelajar dan komuniti,” Dato’ Naib Canselor.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi UIS, wakil-wakil agensi terlibat serta wakil media yang memberikan liputan khusus, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa mutu pendidikan dan menyumbang kepada agenda pembangunan negara.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).