ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19
Disediakan oleh :
Bahagian Pemasaran & Komunikasi

5 April 2019 – KUIS telah menerima Lawatan Pendidikan Kerjaya dari Sekolah Menengah Agama Lughatil Arabiah Tangkak, Johor yang terdiri daripada 38 orang pelajar tingkatan 1-5 serta 7 orang guru pengiring. Lawatan pendidikan ini bertujuan untuk memberikan gambaran awal kepada pelajar mengenai suasana pembelajaran di kampus institusi pengajian tinggi yang kurang diberikan pendedahan.

Taklimat ringkas mengenai kursus pengajian yang ditawarkan serta kemudahan yang terdapat di kampus KUIS telah disampaikan oleh Puan Norazreen Binti Roslan selaku Ketua Seksyen Pemasaran Strategik, Bahagian Pemasaran & Komunikasi KUIS. Selesai taklimat, pelajar dibawa melawat ke sekitar kampus KUIS seperti Mahkamah Moot, Makmal Komputer, perpustakaan As-Syafie dan kemudahan fasiliti KUIS yang lain. Para pelajar begitu teruja apabila berada di Mahkamah Moot kerana mereka berpeluang merasai suasana perbicaraan sebenar di mahkamah dan diharapkan ia akan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian dalam bidang syariah dan undang-undang di KUIS.

Semoga lawatan ini memberi suntikan semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan sehingga ke menara gading.

smalat 01smalat 02smalat 03smalat 04

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).