ms my en gb ar aa
  Salam@UIS      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Perak - 18 Januari 2023 - Pihak Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP) telah mengadakan lawatan penanda aras (bench marking) ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak.

Delegasi KUIS telah diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, YBhg Dr. Abdul Razif Zaini bersama team pengurusan asrama yang diterajui oleh Pengetua BPKP, En Ahmad Shafiq Mat Razali.
Manakala pihak UTP diwakili oleh Pengurus Kanan Kolej Kediaman, Puan Kartini Sahlan.

Lawatan ini memfokuskan kepada perkongsian idea dan pengalaman kedua-dua belah pihak dalam pengurusan asrama dan pengendalian pelajar di asrama. Pihak KUIS dalam perancangan mendapatkan input daripada lawatan ini bagi memperkasa perkhidmatan dan pengurusan kolej kediaman KUIS setelah KUIS dinaiktaraf kepada universiti penuh pada bulan Oktober 2022 yang lalu.

Pihak KUIS turut dibawa melawat asrama pelajar dan Pusat Pengurusan Informasi (IRC) atau sinonimnya perpustakaan yang merupakan tarikan utama UTP.

Lawatan kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada hubungan baik antara pihak KUIS dan UTP pada masa akan datang dalam perkongsian idea berkaitan pengurusan asrama yang lebih baik.

Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).