ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Berita KUIS

Kuala Selangor, 02 Mac 2023 - Pihak Bahagian Pengurusan Kediaman Pelajar (BPKP) telah mengadakan lawatan penanda aras (bench marking) yang ke 3 bagi tahun 2023 iaitu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam Selangor.

Delegasi KUIS diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, YBhg. Dr. Abdul Razif Zaini bersama team pengurusan asrama yang diterajui oleh Pengetua BPKP, En Ahmad Shafiq Mat Razali dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Salman Zainal Abidin.

Manakala pihak UiTM Puncak Alam diwakili oleh Profesor Madya Dr. Badrul Isa Timbalan Rektor HEP UiTM Selangor, Prof Madya Dr. Sabaianah Bachok Pengetua Kolej Rafflesia, Ketua-ketua Unit HEP dan Pegawai-pegawai HEP UiTM Selangor.

Lawatan pada kali ini memfokuskan kepada perkongsian idea dan pengalaman UiTM Puncak Alam menguruskan hampir 20 ribu orang pelajar di kolej kediaman. Pihak KUIS memerlukan input-input dalam memperkasakan lagi perkhidmatan pengurusan kediaman ke arah perkhidmatan yang lebih efektif dan persekitaran yang kondusif.

Pihak KUIS turut dibawa melawat asrama pelajar dan pejabat pengurusan kolej Rafflesia.

Lawatan kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada hubungan baik antara pihak KUIS dan UiTM Selangor pada masa akan datang dalam perkongsian idea berkaitan pengurusan asrama yang lebih tersusun.