8 Julai 2025 - Universiti Islam Selangor (UIS) - Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana yang melibatkan penglibatan menyeluruh seluruh warga kerja universiti termasuk pengurusan tertinggi, pegawai akademik dan pentadbiran. Aktiviti ini dilaksanakan sebagai langkah persiapan menjelang Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen UIS Kali Ke-27 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 Julai 2025 di Pusat Konvensyen UIS.
Program ini memfokuskan kepada kerja-kerja pembersihan, mengecat fasiliti dan mengindahkan persekitaran kampus sebagai persiapan untuk menyambut kehadiran para tetamu dan graduan.
Lebih daripada sekadar aktiviti gotong royong, program ini menjadi simbol solidariti, komitmen dan budaya kerja kolektif warga UIS.
Sebagai penutup, warga UIS turut mengadakan jamuan makan tengah hari secara bergotong-royong, sekali gus mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan kakitangan daripada pelbagai fakulti dan bahagian.