Moto
![]()
Peneraju Tradisi Ilmu
Visi
![]()
Memartabatkan UIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan Allah.
Misi
![]()
Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Falsafah
![]()
Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertaqwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Matlamat
![]()
Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.
Dasar Kualiti
![]()
Membangunkan Kurikulum Pendidikan Tinggi 'Integral' (Tawheed) serta menawarkan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkualiti menepati kehendak mahasiswa, 'stakeholder', ummah dan pasaran.
Objektif Kualiti
![]()
PERTAMA
Memastikan ekosistem akademik yang mampan berteraskan ilmu naqli dan aqli.
KEDUA
Menjana hasil melalui penjenamaan kreatif dan pemasaran agresif.
KETIGA
Melestarikan ekonomi melalui pemerkasaan instrumen filantropi.
KEEMPAT
Memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan bakat.
KELIMA
Membudayakan inovasi dan pengkomersialan melalui penyelidikan.
KEENAM
Memperkukuhkan hubungan dan jaringan dengan pihak berkepentingan.



