Objektif & Fungsi
Objektif Bahagian
![]()
Merancang, merangka, melaksana dan mengawal selia hal ehwal berkaitan pengurusan kediaman merangkumi pentadbiran, aduan kerosakan, felo, JAKSA dan penguatkuasaan disiplin serta memperkasa perkhidmatan bagi memastikan prasarana adalah mencukupi dan diselenggara dengan sebaiknya dalam usaha mewujudkan persekitaran Kolej Kediaman yang kondusif dan selamat.
Fungsi Bahagian
![]()
-
Mengurus, mengatur dan melaksanakan proses daftar masuk dan daftar keluar pelajar di Kolej Kediaman.
-
Merancang dan melaksanakan program yang dapat membantu membina sahsiah pelajar melalui urus tadbir yang cekap dan harmoni dengan kerjasama Felo dan JAKSA Kolej Kediaman.
-
Mengawalselia urusan berkaitan keperluan pembangunan, perkhidmatan & penyewaan luar, memantau vendor pembersihan dan kawalan keselamatan serta memastikan prasarana di Kolej Kediaman adalah mencukupi dan diselenggara dengan sebaiknya dengan mematuhi SOP OSHA, MS ISO 9001:2015 dan yang berkaitan.
-
Memantau urusan berkaitan pengurusan disiplin dan tatatertib pelajar UIS dan memastikan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dikuatkuasakan mengikut ketetapan.
Kolej Kediaman
Profil
![]()
Universiti Islam Selangor (UIS) mempunyai 12 buah kolej kediaman yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana bagi memberi keselesaan kepada penghuninya.
Dasar utama penempatan pelajar di Kolej Kediaman ialah memberi penempatan selesa dan persekitaran kampus yang kondusif kepada penghuninya. Pihak universiti telah mengadakan pelbagai aktiviti pelajar mencakupi aspek akademik, kepimpinan, sukan, rekreasi sosial dan kerohanian.
Kolej kediaman bukan sahaja dilihat sebagai tempat penginapan pelajar malah berfungsi sebagai tempat pembelajaran dan perpaduan pelajar. Dasar kolej kediaman universiti adalah untuk memberi tempat penginapan dengan persekitaran pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat. Semua pihak sama ada pengurusan kolej atau penghuni menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan keselesaan dan keharmonian kolej kediaman dapat dicapai. UIS mempunyai 12 buah kolej kediaman yang boleh menempatkan seramai 2,340 orang siswa dan 4,164 orang siswi.
Selain dari menyediakan tempat untuk penginapan, kolej kediaman juga adalah wadah untuk membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik. Pelbagai program dan aktiviti pelajar dirangka dan dilaksanakan di peringkat universiti dan dikawalselia oleh Pengetua dan Pengurus Asrama. Bagi membantu pentadbiran universiti dan menjaga kebajikan serta pembangunan pelajar, beberapa Felo telah dilantik oleh Pengetua Kolej Kediaman. Pelajar boleh menghubungi Felo yang bertugas selepas waktu pejabat untuk bantuan dan nasihat berkaitan dengan aktiviti atau masalah yang mereka hadapi.
Senarai Kolej Kediaman
![]()
|
KOLEJ KEDIAMAN SISWA
|
| P1 | Kolej Kediaman Abu Bakar |
| P2 | Kolej Kediaman Uthman |
| P3 | Kolej Kediaman Umar |
| P4 | Kolej Kediaman Ali |
| P5 | Kolej Kediaman Bilal |
| Blok A | Kolej Kediaman Faruq |
| Blok B | Kolej Kediaman Hamzah |
| Blok C | Kolej Kediaman Zubair |
| Blok D | Kolej Kediaman Uqbah |
| Blok E | Kolej Kediaman Salman |
| Blok F | Kolej Kediaman Handzalah |
|
KOLEJ KEDIAMAN SISWI
|
| P6 | Kolej Kediaman Khadijah |
| P7 | Kolej Kediaman Aisyah |
| P8 | Kolej Kediaman Asiah |
| P9 | Kolej Kediaman Asma' |
| P10 | Kolej Kediaman Fatimah |
| Blok G | Kolej Kediaman Hafsah |
| Blok H | Kolej Kediaman Safiyyah |
| Blok I | Kolej Kediaman Maryam |

Kolej Kediaman untuk Pelajar Diploma & Ijazah (Siswa)

Kolej Kediaman untuk Pelajar Diploma & Ijazah (Siswi)

Kolej Kediaman untuk Pelajar Asasi



