KUIS adalah pilihan anda kerana :
-
Melahirkan tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam.
-
Menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan moto “Peneraju Tradisi Ilmu”.
-
Komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan adalah berdaya saing, kompetitif dan berkualiti serta memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
-
Menawarkan bidang pengajian merentasi disiplin antaranya termasuk Pengajian Islam, Pengajian Perniagaan, Perbankan Islam, Bahasa dan Komunikasi, ICT dan Multimedia, dan Pendidikan.
-
Menawarkan kos pengajian yang kompetatif, persekitaran kampus yang indah, menyediakan kemudahan penginapan yang selesa serta kemudahan pembelajaran & pengajaran yang terkini.
-
Bertekad untuk menjadi sebuah gedung ilmu bertaraf antarabangsa dan pelopor di kalangan institusi pendidikan tinggi berteraskan Islam.