PERATURAN-PERATURAN MENGGUNAKAN KENDERAAN
DI DALAM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
-
Pengguna-pengguna jalanraya di dalam kampus adalah tertakluk kepada peraturan KUIS dan Akta Pengangkutan Jalan (1987).
-
Setiap pemandu kenderaan yang masuk ke kampus hendaklah mempunyai pelekat kenderaan yang sah.
-
Kebenaran memasuki kampus hanya diberi kepada Ahli Lembaga Pengarah, pegawai, pelajar, agensi luar dan pelawat yang sah sahaja.
-
Pelekat kenderaan ini hendaklah digunakan sepanjang masa untuk tujuan masuk ke KUIS.
-
Pelekat kereta hendaklah dipamerkan di penjuru (kanan) atas cermin hadapan kenderaan dan bagi motosikal pula hendaklah dipamerkan di bahagian hadapan bagi memudahkan pelekat tersebut dapat dilihat.
-
Pelekat-pelekat kenderaan ini tidak boleh dipindah milik atau dipalsukan, jika didapati bersalah stiker yang dirampas tidak akan dikembalikan.
-
Had laju di dalam kampus tidak melebihi 35 km/j. Sila perlahankan kenderaan semasa melalui pintu utama ke KUIS.
-
Pengguna-pengguna jalanraya diminta memberi kerjasama ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.
-
Kenderaan yang tidak mempunyai pelekat adalah dilarang masuk.
-
Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan di dalam kawasan kampus hendaklah dilaporkan ke Bahagian Keselamatan dan pihak berkuasa Kolej Universiti secepat mungkin.
-
Kenderaan-kenderaan hendaklah diparkir di tempat yang dikhaskan sahaja atau di tempat yang diarahkan oleh pihak keselamatan.
-
Kebenaran boleh ditarik balik oleh pihak keselamatan pada bila-bila masa jika arahan-arahan lalulintas di dalam kampus tidak dipatuhi.
Disediakan oleh:
MUHAMMAD SHUHAIMI BIN ALANG AZIDDIN
Bahagian Keselamatan
06.11.2019
Disemak dan disahkan oleh:
HASHIM BIN ABDUL GHAFFAR
Ketua Bahagian Keselamatan
06.11.2019