Fungsi Umum Seksyen |
Memastikan segala urusan berkaitan dengan perkhidmatan serta kebajikan warga KUIS dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan selari dengan garis panduan atau prosedur operasi standard yang diluluskan oleh pihak KUIS.
Fungsi Khusus Seksyen |
Perubatan Pegawai |
Bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan dengan perubatan pegawai seperti kemudahan insurans pegawai, kemudahan rawatan pesakit luar dan kemudahan hospital termasuk segala tuntutan berkaitan perubatan pegawai.
Perkhidmatan Kenderaan |
Bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan pengangkutan pelajar merangkumi pengangkutan harian (KUIS-Komuter-KUIS), aktiviti pelajar dan pegawai di luar kawasan dan pengangkutan rasmi bagi pegawai-pegawai KUIS termasuk urusan sewaan kenderaan luar.
Insuran Am |
Bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan insurans am KUIS termasuk insurans bangunan, insurans kecurian, insurans kebakaran dan insurans am berkaitan.
Perkhidmatan Mel |
Bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan surat-menyurat KUIS merangkumi surat masuk, surat keluar, pos laju, pos daftar dan kemudahan mel yang berkaitan.
Kad Matrik Pelajar |
Bertanggungjawab menyediakan kad matrik pelajar baharu termasuk penggantian kad untuk pelajar sedia ada bagi kes-kes kehilangan kad dan sebagainya.
Peralatan Pejabat |
Bertanggungjawab menguruskan peralatan pejabat di KUIS merangkumi urusan pembelian, penempatan serta penyewaan peralatan pejabat berkaitan untuk memastikan kelancaran operasi harian KUIS.