Kemaman Terengganu – 25 Mac 2024 bersamaan dengan 14 Ramadan 1445H telah kembali kerahmatullah Zul Fadhli Hisyam Bin Muhammad yang merupakan Alumni KUIS tahun 2012, Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) kerana sakit luekimia. Almarhum meninggalkan seorang isteri dan dua anak kecil berusia 7 dan 4 tahun.
Universiti Islam Selangor diwakili oleh Timbalan Dekan (Akademik & Pengantarabangsaan) dari Fakulti Multimedia Kreatif dan Komputeran Dr. Che Wan Shamsul Bahri Bin Che Wan Ahmad bersama isteri mewakili pihak Bahagian Alumni menziarahi keluarga dengan memberi bantuan serta sumbangan kepada pihak waris pada 7 April 2024 bersamaan dengan 27 Ramadan 1445H.
Alhamdulillah, terima kasih kepada yang memberi sumbangan terutama dari Fakulti Pengajian Peradaban Islam dan juga semua alumni KISDAR-KUIS-UIS yang menyumbang melalui Tabung Dana Alumni. Sumbangan anda amat bermakna dan dapat meringankan beban alumni yang memerlukan bantuan dan sokongan. Jom menyumbang melalui TABUNG DANA ALUMNI bagi tujuan manfaat kepada Alumni KUIS, pelajar KUIS, komuniti dan penyumbang. sumbangan boleh disalurkan melalui link https://toyyibpay.com/TABUNG-DANA-ALUMNI