Berita Alumni

    1 Oktober 2024 – Bahagian Alumni dan Fakulti Sains Sosial (FSS) bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (TNCHEPA) telah menziarahi saudara Mohd Faidurrida Bin Yusoff dalam program ziarah Alumni Prihatin. Beliau merupakan alumni UIS tahun 2007, Diploma Komunikasi, Fakulti Pengurusan Muamalah. Beliau telah selesai menjalani pembedahan tumor dan kini dalam proses rawatan dan pemulihan.

    Lawatan ziarah ini merupakan satu langkah penyantunan yang penting bagi alumni UIS yang ditimpa musibah. Kehadiran Timbalan Naib Canselor HEPA, Bahagian Alumni UIS, dan Timbalan Dekan HEPA FSS menunjukkan sokongan dan keprihatinan yang diberikan kepada alumni FSS khususnya.

    Didoakan semoga saudara kembali pulih dan sentiasa dipermudahkan urusan.

     1